KUNJUNGAN HORMAT KE KOLEJ YAYASAN SAAD & KOLEJ YAYASAN SAAD BUSINESS SCHOOL, MELAKA

MELAKA, 16 Mei – Delegasi Yayasan Terengganu yang diketuai oleh Pengarah iaitu YBhg. Dato’ Haji Mohd. Azmi bin Mohamad Daham telah dipelawa untuk program lawatan sekitar kampus Kolej Yayasan Saad bagi meninjau fasiliti serta kemudahan yang ditawarkan disamping mendengar taklimat ringkas oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd. Azizan bin Mohd. Noor, Pengerusi KYS berkenaan sistem pendidikan di institusi tersebut.
Usai lawatan ringkas di KYS, program seterusnya adalah Lawatan Kunjung Hormat ke atas Pengarah KYS Business School, Yang Berbahagia Dato’ Sohaimi bin Shahadan.
Dalam lawatan tersebut, antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan peluang melanjutkan pelajaran (Ijazah Sarjana Muda Perakaunan & Sains), universiti-universiti di New Zealand yang tersenarai dalam kelompok universiti terbaik dunia bagi kategori perakaunan.

Kongsi berita ini :

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email